Wednesday, August 24, 2011

SaLaM AiDiLFitRi 1432

Di KeSemPataN iNi KaMi iNgiN MeNyuSuN SePuLuh Jari MemoHon SeRiBu KeMAAFFan Di Hari YanG MuLia Ini...

SemoGa AiDilFitRi pAdA kali iNi Akan MemBeriKan KeTabaHan HaTi Pada KaMi..

RaYa Kami TanPa AYah TerSayaNG...

Al-Fatihah Untuk ArwaH Ayah...

Semoga RoHnYA Dicucuri RahMat... Amin..



Wednesday, August 17, 2011

NESTUM COKLAT

NESTUM COKLAT

BAHAN A
-125gm mentega
-60gm gula castor

BAHAN B
-50gm nestum (dikisar)
-30gm tepung jagung
-130gm tepung gandum
-1/4 sudu kecil serbuk penaik

HIASAN
-Coklat masakkan
-Serbuk Roti Putih


CARA-CARA
-Satukan bahan A dan pukul hingga sebati
-Masukkan bahan B gaul rata hingga menjadi doh
-Terap dengan acuan 4 segi
-Bakar selama 20min dengan suhu 180 darjah celcius atau kekuningan
-Setelah sejuk, celupkan coklat masak yang telah di cairkan dan taburkan dengan
serbuk roti



Gaul dengan serbuk roti dan biarkan sejuk

*SELAMAT MENCUBA*

Wednesday, August 10, 2011

BISKUT JEJARI COKLAT

BISKUT JEJARI COKLAT

BAHAN:
- 200gm Tepung ros (di ayak) *tepung cookies
-200gm mentega
-60gm gula icing
-20gm serbuk badam
-1/2 sudu kecil vanilla

HIASAN:
-Cooking coklat
-Manik halus thousand island (boleh guna yg lain)

CARA-CARA:
-Pukul mentega dan gula icing *tak perlu gebu sgt
-Masukkan vanilla
-Masukkan tepung bersama serbuk badam. Gaul hingga menjadi doh
-Masukkan doh kedalam piping bag
-Paipkan doh panjang 2inci
-Bakar pada suhu 180darjah celcius selama 20minit
-Celupkan biskut setelah sejuk kedalam coklat yang telah di cairkan. Hiaskan dengan manik berwarna. Biarkan beku

Yang anak panah tu la dinamakan piping bag

Coklat yg siap dibakar kemudian dicelup dgn coklat & dihias dgn manik mengikut citarasa masing2.

-SELAMAT MENCUBA-

Monday, August 8, 2011

Latihan 1Malaysia - Hari Kedua

SIRI KEDUA - BISKUT RAYA

Alhamdulilah aku dpt mengikuti kelas pada hari ke2 - Ahad 07.08.2011 .


Walaupun tbe2 selsema dtg menyerang, Alhamdulilah aku dpt mengikutinye smpai tamat kelas kire2 jam 3.30ptg. Penat yang menyeronokkan..

Semoga ilmu yg kami pelajari dpt di manfaatkan... Mudah2an... :)



Biskut Pertama: NESTUM COKLAT


Biskut Kedua: BISKUT BADAM OREO


Biskut Ketiga: BISKUT PANDAN SALJU


Yang ini Nestum Coklat, rasenye enak sekali. Boleh di bentukkan mengikut kreativiti masing2. Klu nak senang bentukkan 4segi je. Bile dh siap di bakar, celup dgn coklat masakkan dan serbuk roti putih. Pastu biarkn sekejap... Dah siapp.... hehe.. :)


Yang ini pulak Biskut Badam Oreo, juga boleh dibentukkan mengikut suke suki masing2 kemudian dihiaskan dgn gajus dan coklat putih.


Ini adalah kuih terakhir pd kelas kali ini. Biskut Pandan Salju. Nak senang buat bentuk 4segi je. Setelah sejuk gaul dgn kelapa kering... siap... tada..... :)

Ini adalah ahli kump kami. Yg baju kotak2 tu kak Izan. Yg tgh pegang spatula tu kak Jun. Mereka very d sporting. Tq Kakak2ku sekelian. InsyaAllah next klas kte jumpe lg ye...

Seronok dgn kelas ini..


Bersama cikgu Naeemah yg menganjurkan klas pd kali ini. Terima Kasih byk2... Next time kite calling2 lg ea.


p/s* Kepada sesiapa yg berminat untuk mengikuti kelas cup cake selepas ini boleh la menghubungi saya ye. Tetapi khas utk org Negeri Sembilan jela rasenye sbb kelas akan diadakan sekitar Negeri Sembilan.

Bersama kita menjayakan program Latihan 1Malaysia ini...

Kepada yg berminat nakkan resipi Biskut2 diatas. Saya akan Senaraikan bahan2nya nanti.
Semoga ilmu yg saya pelajari dpt kite kongsikan bersama.

-SELAMAT MENCUBA-

Latihan 1Malaysia - Hari Pertama

Siri 01

Alhamdulilah pada 06.08.2011 (Sabtu) & 07.08.2011 (Ahad) dengan jayanye aku bersame suami menggigihkan diri utk mengikuti Kelas Biskut Raya yg di anjurkan oleh Kolej Komuniti Jempol.


Ini adalah salah satu latihan yg terdapat dalam Latihan 1Malaysia yg sedang giat diusahakan oleh kerajaan. So kami pun tidak ketinggalan tuk mengikutinye.

Bayaran RM20 dikenakn setiap seorg.
Peserta hanya bawa badan je dtg krn semua kelengkapan telah disediakan oleh pihak penganjur.
Sijil akan menyusul kemudian... :)

Biskut Pertama: BISKUT CINTA MEEN

Biskut Kedua: BISKUT JEJARI COKLAT

Biskut Ketiga : BISKUT FLORENTINER

GiGiH La MeMBeNTuk, MeNGgaul, MenguLi, MenGayaK, dan MenG2... lg hehe...

Penat memuKuL MengguNakAn MesIn PLak :)

MemBenTuk MengiKuT SuKe Suki :)

L.O.V.E

TakLiMAt Dari Cikgu Cikgi yg SporTing

yG Di tunjukkn Anak Panah tu LA CikGU CikGi KAmi... :)

eN. Abe Tengah MasaK cOkLat smBiL Di Perhatikan oLeh ACiK dr Group Sebelah hehe....

p/s * Acik ni nk wat calon menantu plak kot... Acik jgn cik suami saye 2... :)

Bersambung siri 02

Friday, August 5, 2011

BerTeMu LaGi JuMaaT YaNg MuLia iNi..

Hari InI GeNaP Lima Hari Kita berada DaLam BulaN yG MuLia iNi.

SeMoga KiTa Di BeriKaN KetaBahan HaTi Untuk MeNeMPUHiNya..

BegiTu Juga Dgn Kami SeKeLuarGa... KaMi MaNYaMbuT PUasa & Raya TanPA ayaH PaDa Kali ini....

Semoga AyaH BaHaGia Di Sana..

Al-Fatihah....