Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

PUASA

(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:
Manahan diri dari makan dan minum atau apa2 jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya'ban Tahun 2 Hijrah.

Wajib Puasa:
1. Islam
2. Mukalaf
3. Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4. Telah melihat anak bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya'ban 30hari.

Sah Puasa:
1. Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2. Suci dari haid dan nifas.
3. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4. Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya'ban).

Membatalkan Puasa Sekiranya :
1. Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang2 kemaluan dengan sengaja.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4. Haid atau nifas.
5. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6. Murtad (keluar dari Islam)
7. Gila (hilang akal)

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara2 yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa2 pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia2)

1. Berdusta, berbohong
2. Mengumpat, mengata orang
3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4. Melihat benda2 yang mendatangkan keinginan.
5. Marah

Rasullullah s.a.w bersabda:
Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, August 3, 2010

Sambutan Birth Kak Cik & Apak

Majlis Hari Lahir Kak Cik & Apak (sepupu mak), kami sengaja wat skali majlis ni, save bajet ckit hehe.. majlis ni diadakan pd mlm 01.08.2010. Epi bezday u all..

kak cik & apaknyo


Bacaan doa oleh ayahandaku..

Kek nyum nyum..



Antara menu pd mlm 2, sbnrnye nk bgtau air asam tu i yg buat hehe smpai menjilat jari la :)

jemput2 jgn malu2..