Thursday, August 22, 2013

Amalan Semasa iBu Mengandung

SALaM...
Copy by: http://luvislam92.blogspot.com/p/jadi-rakan-luvislamblog.html




Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam, apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga sudah pasti akan dikurniakan Cahaya Mata oleh Allah S.W.T. 

Sebagai seorang yang akan bergelar ibu mestilah sentiasa menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman.

Antara amalan yang disarankan ialah :

1)  Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2)  Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3)  Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti :
  • Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
  • Surah Yaasin
  • Surah Taubat
  • Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
  • Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
  • Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
  • Surah An-Nahl ayat 78
  • Surah Al-’Araaf ayat 189

Semoga amalan-amalan ini dapat memberikan kesenangan kepada ibu yang bakal melahirkan cahaya mata.

Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri...


SaLAM...
RAsenye belom terlambat untuk mengucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri buat semua umat Islam Didunia ini.. mAaf Atas kekhilafan diri selama ini..

Lame sgt rasenye jari jemari ni tak menaip..
*
DAri mula bulan ramadhan badan ni rase tak sedap, slalu tak chat.. hati dah terdetik adakah anak bujang akan dapat kawan baru... hasil ujian... Alhamdulilah SAH!! Positif...
*
Bermula la era loya2, pedih ulu hati, pening2.. ingatkan anak ke-2 tak la seteruk alahan kali pertama... rupenye iDOKkk.. Samer jer.. nak2 bulan puasa, lagi la tak larat..
*
*
Tahun ni paling byk tinggal puasa, memang tak larat sgt.. (tak pelah nanti bile dah chat pelan2 ganti k)- Fidyah pon wajib bayar ek..
*
*
Maka setelah sebulan umat islam berpuasa.. tibalah syawal utk di raikan bersama... Raye tahun ni biase2 jer..Badan ni tak brape nak chat ditambah plak degan ragam si bujang... Aduhhhh... penat sgt melayan karenah..

*
Sejak nak dpt adik ni ragam si bujang lain macam sgt... tambah2 tak brape nk chat... asyik nak bekepit je 24jam.. AdaM...Adam..
*
Saat coretan ni di tulis usia kandungan hampir 12 minggu.. Doaku semoga Aku & baby sentiase chat tuk menempuh hari2 yang akan datang... begitu jugak dgn suami & Adam.. Amin..